Friday, July 6, 2012

Hari Sukan SKTPJ2!


Hari Kejohanan Olahraga Kali ke-14 SK Taman Permas Jaya 2 telah berlangsung dengan jayanya semalam. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran para ibu bapa yang turut datang menyokong, majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Munusamy A/L Mareemuthu, ADUN Permas Jaya.



Majlis berjalan lancar seperti dirancang dengan adanya kerjasama guru-guru sekolah, bantuan para pegawai dari sekolah lain, juga Persatuan Bulan Sabit Merah dari Sekolah Menengah Permas Jaya yang telah menjaga dan membantu murid-murid yang mengalami kecederaan. Jutaan terima kasih kami diucapkan kepada semua yang terlibat.

Walaubagaimanapun acara kejohanan terpaksa dibatalkan kira-kira jam 11.00 pagi disebabkan hujan lebat disertai petir. Acara kemudiannya dan majlis penyampaian hadiah disambung pada pagi ini.

Keputusan pemenang dan gambar-gambar semasa berlangsungnya hari kejohanan ini akan menyusul kemudian di blog ini, tunggu ya!

1 comments:

Anonymous said...

sape yg jatuh smlm tu? he3...

Post a Comment