Friday, July 6, 2012

Pertandingan Blog Sekolah


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Pertandingan membangunkan laman blog sekolah “IM MSC Smart School Blog Competition” diadakan bersempena dengan program IM MSC Smart School Capacity Enhancement. Pertandingan ini terbuka kepada 50 buah sekolah yang terpilih.


Objektif pertandingan membina laman blog ialah :
  1. Menggalakkan para guru dan pelajar mengembangkan kemahiran ICT mereka dalam merekacipta laman web & Blog selari dengan kemajuan teknologi dan keperluan negara masa kini.
  2. Untuk mempromosikan keberkesanan penggunaan ICT dalam proses penyampaian maklumat, pencetus pemikiran dan perkongsian idea.

Syarat dan kriteria-kriteria penyertaan adalah seperti berikut :
1)      Meletakkan logo Iskandar Malaysia, MSC Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia
2)      Penerangan lengkap mengenai logo sekolah
3)      Latar belakang dan sejarah sekolah secara ringkas
4)      Carta organisasi sekolah (dalam bentuk carta/grafik)
5)      Butiran kakitangan pengurus atasan sekolah
·         Nama
·         Jawatan
·         Latar Belakang Pendidikan dan Pengalaman Mengajar
·         Matapelajaran yang diajar
·         Maklumat untuk dihubungi (alamat e-mel)
6)      Kalendar aktiviti tahunan sekolah
7)      Post aktiviti dan berita terkini sekolah
8)      Archive berita
9)      Maklumat sekolah
·         Alamat
·         Nombor telefon sekolah
·         Nombor faksimili sekolah
·         Alamat e-mel sekolah
10)   Borang pertanyaan/maklumbalas

Susunan persembahan blog bagi kriteria dia atas adalah berdasarkan kreativiti masing-masing.

Berikut ialah tips untuk mendapatkan mata skor tinggi :
1)      Laman blog dalam dwibahasa
2)      Interaktif dengan meletakkan Chat Room
3)      Meletakkan pautan laman yang berkenaan (MOE, MDeC, IRDA)
4)      Senarai lengkap guru-guru beserta butiran
5)      Meletakkan media (video) yang berpatutan
6)      Counter bagi pelawat

Aspek-aspek yang turut akan dinilai ialah :
1)      Navigasi butang dan pautan
2)      Persembahan laman blog dari segi grafik dan visual
3)      Kepenggunaan – kreativiti dari segi penggunaan teknologi untuk tujuan pengajaran daan pembelajaran serta interaktif
4)      Impresi laman blog secara keseluruhan


Pemenang akan menerima badge khas “Best Blog Award IM MSC Smart School” yang boleh dipaparkan di laman blog sekolah.
Piala saguhati akan diberikan bagi tempat ke-4 hingga tempat ke-10 bagi setiap kategori.
Sijil penyertaan akan diberikan kepada sekolah yang menghantar alamat laman blog sebelum 21 Julai 2012, Khamis.

Selamat Mencuba dan Semoga Berjaya !

1 comments:

Raja Muein said...

agak2 sekolah kita boleh dapat ke badge tu dengan blog tak seberapa ni....

Post a Comment