Tuesday, July 24, 2012

Selamat Datang Guru Besar Baharu


Alhamdulillah, kami berasa amat bersyukur atas kehadiran Guru Besar yang baharu, Puan Hajah Adibah Binti A. Manan untuk menjadi tonggak pimpinan di SK Taman Permas Jaya 2. Kehadiran beliau adalah untuk menggantikan tempat mantan Guru Besar kami yang dikasihi Puan Hajah Siti Latifah Binti Haji Adnan yang telah berpindah ke SK Bukit Mutiara, Johor Bahru.

Puan Hajah Adibah Binti A. Manan adalah merupakan Guru Besar yang ke 7 mentadbir di SK Taman Permas Jaya 2. Sebelum ini beliau berkhidmat di SK Seri Perling 2, Johor Bahru. Kedatangan beliau di sini amat dialu-alukan dan kesempatan ini kami mengucapkan tahniah dan selamat datang ke sekolah kami.

5 comments:

Anonymous said...

tahniah.. Pn Hjh Adibah.. semoga tabah dan mengambil cabaran sebagai positif.. buatkan pembaharuan agar sekolah menjadi yang terbilang

Anonymous said...

Tahniah - saya diberitahu oleh anak anak ,Guru Besar baru telah sedia menanti murid-murid diawal pagi dengan soalan sifir . Teruskan usaha murni mendidik generasi baru bangsa malaysia .Thanks Guru Guru dan Juga Guru besar.

Anonymous said...

Anak-anak saya minta dihantar ke sekolah cepat2 sebab kalau lambat gurubesar akan tanya sifir...

Kasom abd rahman said...

Alhamdulillah... berjumpa jua dgn Cikgu Lama ku...Cikgu Hjh Adibah... semoga cikgu selalu dlm keadaan sihat dlm lindungan rahmat Allah swt... cikguku yg ttp awet muda...

kasom72@gmail.com

Kasom abd rahman said...

Alhamdulillah... berjumpa jua dgn Cikgu Lama ku...Cikgu Hjh Adibah... semoga cikgu selalu dlm keadaan sihat dlm lindungan rahmat Allah swt... cikguku yg ttp awet muda...

kasom72@gmail.com

Post a Comment