Tuesday, July 24, 2012

Selamat Datang Guru Besar Baharu


Alhamdulillah, kami berasa amat bersyukur atas kehadiran Guru Besar yang baharu, Puan Hajah Adibah Binti A. Manan untuk menjadi tonggak pimpinan di SK Taman Permas Jaya 2. Kehadiran beliau adalah untuk menggantikan tempat mantan Guru Besar kami yang dikasihi Puan Hajah Siti Latifah Binti Haji Adnan yang telah berpindah ke SK Bukit Mutiara, Johor Bahru.

Puan Hajah Adibah Binti A. Manan adalah merupakan Guru Besar yang ke 7 mentadbir di SK Taman Permas Jaya 2. Sebelum ini beliau berkhidmat di SK Seri Perling 2, Johor Bahru. Kedatangan beliau di sini amat dialu-alukan dan kesempatan ini kami mengucapkan tahniah dan selamat datang ke sekolah kami.

Thursday, July 19, 2012

Minggu Peperiksaan Tiba Lagi!

Percubaan UPSR sekolah-sekolah Negeri Johor dan Ujian Bulanan 2 akan diadakan pada minggu hadapan iaitu pada 24 hingga 26 hb Julai 2012 (Selasa hingga Khamis). Semua murid diharapkan dapat membuat persediaan dengan sebaiknya. Jadual dan surat edaran ibu bapa boleh dilihat di sini.

Football Sponsorship by AEON Malaysia


Alhamdulillah. Walaupun tidak menjadi juara, sekolah menerima tajaan bola sebanyak 50 biji bernilai RM600 dari Jusco/AEON Malaysia. Dengan siapnya jersi pasukan 2012 yang baru dan bola yang baru diterima ini, diharap pasukan bola sepak sekolah akan akan lebih maju jaya lagi di masa hadapan. Majulah SKTPJ2!

Wednesday, July 18, 2012

Bengkel UPSR: Bahasa Melayu



Slide powerpoint Bengkel Menjawab Soalan Bahsa Melayu UPSR Kertas 1 dan Kertas 2 bersama Cikgu Saenal yang telah diadakan pada Isnin lepas, boleh dipapar dan dimuat turun melulai pautan yang disediakan di bawah:

Klik di sini untuk Bengkel Bahasa Melayu UPSR Kertas 1 Pemahaman
Klik di sini untuk Bengkel Bahasa Melayu UPSR Kertas 2 Penulisan

Wednesday, July 11, 2012

Cambridge Placement Test (CPT)

Date   : July 11, 2012
Venue : Computer Lab SKTPJ2

Thanks to Allah, all 6 of us, English teacher of SKTPJ 2 have succesfully completed the test...So now, we'll just wait for the result to come out.. Basically it's just an online test to see the proficiency of all English teachers and lecturers in Malaysia so that they can come out with the 'KPI'..This is on of the project under MBMBMI ( to Uphold Bahasa Malaysia, to Strengthen the English Language).. All d best to all English teachers and lecturers all over Malaysia.. GAMBATE !!

Apa itu Cambridge Placement Test?

Saturday, July 7, 2012

Pemenang Kejohanan Balapan dan Padang 2012

Johan Kejohanan Balapan dan Padang 2012 kali ini dimenangi oleh pasukan Rumah Biru. Tahniah!
9 Emas
10 Perak
16 Gangsa
383 Mata Keseluruhan! Tahniah!

Friday, July 6, 2012

Pertandingan Blog Sekolah


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Pertandingan membangunkan laman blog sekolah “IM MSC Smart School Blog Competition” diadakan bersempena dengan program IM MSC Smart School Capacity Enhancement. Pertandingan ini terbuka kepada 50 buah sekolah yang terpilih.

Hari Sukan SKTPJ2!


Hari Kejohanan Olahraga Kali ke-14 SK Taman Permas Jaya 2 telah berlangsung dengan jayanya semalam. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran para ibu bapa yang turut datang menyokong, majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Munusamy A/L Mareemuthu, ADUN Permas Jaya.