Thursday, September 27, 2012

Bersenam sambil minum Vico, bestnya!

Monday, September 24, 2012

Program Jelajah Cerdik Sifir 1 Malaysia

Friday, September 14, 2012

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan dan Jamuan Hari Raya

Pada Jumaat lepas, sekolah telah mengadakan dua majlis serentak iaitu majlis penutup bulan kemerdekaan dan majlis jamuan hari raya. Majlis bermula selepas selesai perhimpunan pagi dan bacaan yasin. Murid-murid dibenarkan memakai baju raya masing-masing pada hari ini. Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan sepanjang bulan kemerdekaan dan kemudian lagu kemerdekaan dinyanyikan. Guru-guru dan murid-murid kemudiannya menikmati jamuan hari raya yang diadakan di kantin sekolah. Majlis berlangsung dengan meriah. 

Wednesday, September 12, 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan (2013-2025)

PM telah melancarkan laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan (2013-2025).Beliau menyifatkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 begitu komprehensif dan menyeluruh. Sehubungan itu, beliau berkata, langkah yang dilaksanakan kerajaan itu adalah cerminan kepada generasi masa depan Malaysia yang lebih gemilang berasaskan pendidikan berkualiti. 



Tuesday, September 11, 2012

Selamat Menghadapi UPSR 2012

Selamat berjuang  kepada semua calon UPSR 2012 SK Taman Permas Jaya 2. Semoga Allah makbulkan doa seluruh warga SKTPJ2 agar pencapaian kali ini lebih baik dengan mendapat 100% lulus, lebih 20% mendapat cemerlang dan nilai GPS lebih kecil berbanding keputusan yang lalu.

Saturday, September 8, 2012

Alhamdulillah We Have Won The 1st Prize! Yay!


Berikut ialah senarai nama pemenang dan sekolah yang menerima sijil penyertaan bagi IM MSC Smart School Blog Competition”.
 
Kategori Sekolah Rendah :
 
KEDUDUKAN
NAMA SEKOLAH
ALAMAT BLOG
1
SK Taman Permas Jaya 2
http://sktpj2.blogspot.com/
2
SK Taman Cendana
http://stac1107.blogspot.com/
3
SK Taman Desa Skudai
http://sktds1.blogspot.com/
4
SK Taman Nusa Perintis
http://sktnp1jb.blogspot.com/
5
SJK(C) Ming Chih
http://sjkcmingchih.blogspot.com/
6
SK Tg Adang
http://tgadang.blogspot.com/
7
SK Seri Pulai
http://skseripulai.blogspot.com/
8
SK Taman Tampoi Utama
http://skttujb.blogspot.com/
9
SJK(T) Jalan Parit Ibrahim
http://sjktjalanparitibrahim.blogspot.com/
10
SJK(C) Chee Tong
http://jbcheetong1031.blogspot.com/
 

Solat Hajat Perdana di Masjid Al-Ansar


Majlis solat hajat perdana serta motivasi calon-calon peperiksaan dari sekolah-sekolah sekitar Permas Jaya dan para ibu bapa telah diadakan di Masjid Al-Ansar. Calon-calon UPSR dan guru dari SK Taman Permas Jaya 2 yang tinggal berdekatan juga turut serta. Semoga murid-murid yang akan menduduki UPSR akan lebih bermotivasi dan yakin pada diri sendiri, InsyaAllah.

Saturday, September 1, 2012

Selamat Hari Merdeka ke 55!

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 55 tahun. Sekolah telah meraikan sambutan Hari Merdeka ini pada hari Khamis lepas. Antara acara yang diadakan pada hari tersebut ialah pertandingan bersajak, nyanyian lagu merdeka, pertandingan fesyen , pertandingan mewarna dan ucapan erti kemerdekaan oleh guru besar.