Logo Sekolah


Motto logo sekolah kami adalah KUALITI TERAS KECEMERLANGAN yang bermakna guru-guru dibawah bumbung sktpj2 bersatu dan berganding bahu dengan masyarakat setempat berusaha untuk melahirkan insan yang cemerlang dalam akademik, ko-kurikulum dan berakhlak mulia berlandaskan Rukun Islam yang tertera di dalam Rukunegara.

Berikut adalah penerangan mengenai rekabentuk logo sekolah.

Bentuk logo : KOMBINASI BENTUK SEGI ENAM DAN SEGITIGA
Maksudnya bersatu dalam satu ikatan dan satu wawasan untuk mewujudkan masyarakat berkualiti

Lambang : HURUF Q
Maksudnya segala bentuk hasil usaha menitikberatkan kepada Kualiti

Lambang : RODA BERGEAR
Maksudnya memupuk minat murid dalam bidang sains dan teknologi melalui matapelajaran sains dan kemahiran hidup

Lambang : BENTUK BULAT
Maksudnya sukan dan aktiviti ko-kurikulum dapat memupuk masyarakat cergas

Lambang : MANUSIA
Maksudnya sikap keprihatinan guru dan masyarakat dapat melahirkan murid yang cemerlang

Lambang : KOMPUTER
Maksudnya teknologi maklumat memainkan peranan penting dalam pendidikan masakini

Lambang : BUKU TERBUKA
Maksudnya sumber ilmu pengetahuan merupakan asset penting dalam melahirkan insan terbilang .

0 comments:

Post a Comment