Latar Belakang



Sekolah Kebangsaan Taman Permas Jaya (2) atau nama ringkasnya SK Taman Permas Jaya 2, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Permas 3/10 Taman Permas Jaya. Mempunyai tenaga guru seramai 33 orang dan bukan guru 9 orang. Bagi tahun 2012 sekolah ini mempunyai 489 murid, iaitu 243 murid lelaki dan 246 murid perempuan.

Sejarah


SK Permas Jaya 2 adalah antara sekolah terawal yang beroperasi di Permas Jaya, Johor Bahru. Ia telah dibuka pada 1 Disember 1994 dengan dianggotai seramai 36 orang guru dan 3 orang pembantu tadbir pada masa itu. Di peringkat awal penubuhannya, jumlah murid adalah seramai 926 orang dengan jumlah kelas yang wujud ialah 23 kelas.

Mulai Oktober 1997, Sekolah ini telah dinaikkan kepada Gred A dan mendapat GPK Lantikan dengan jumlah murid seramai 1079 orang.

Pada Tahun 2000 sebilangan besar murid sekolah ini telah dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Taman Molek. Pada tahun 2001, sekali lagi berlaku perpindahan murid setelah siapnya pembinaan Sekolah Kebangsaan Taman Permas Jaya (3).


Dengan pertambahan sekolah di sekitar Permas Jaya, bilangan murid semakin berkurangan dan kelas juga telah dikurangkan, pada tahun 2002 bilangan kelas yang ada adalah 18 kelas. Tenaga pengajar waktu itu adalah 37 orang dan dibantu oleh 4 orang kakitangan serta 3 orang pekerja swasta.

Disebabkan berkurangan murid ini, sekolah juga telah dijadikan satu sesi persekolahan sahaja iaitu pada tahun 2003. Hal ini terjadi kerana murid telah berpindah ke sekolah baru yang berhampiran dengan rumah. Tahun 2003 juga sekolah mendapat perluasan pra sekolah sebanyak dua kelas terdiri daripada 50 orang murid, dua orang guru dan dua orang pembantu.

Seiring dengan perkembangan ICT yang pesat ketika itu, sekolah telah mendapat sebuah bangunan makmal komputer dari KPM pada tahun 2005. Sebanyak 21 buah komputer dan sebuah server dengan talian Schoolnet telah dipasang. Ia dirasmikan pada 15 April 2006 oleh Y.Bhg. Dato' Haji Jefridin Bin Haji Atan selaku setiausaha peribadi Perdana Menteri Malaysia ketika itu.

Pada tahun 2006, Program J-Qaf telah diperkenalkan dan sekolah mendapat tiga orang guru J-Qaf. Bilik Solat di Bangunan Cemerlang telah diubahsuai menjadi Bilik J-Qaf.

Sekolah kemudian dilantik melaksanakan Program Pendidikan Khas pada tahun 2007. Pada mulanya hanya seorang guru dan pembantu Pendidikan Khas ditempatkan. Bilangan murid masa itu hanya seramai lima orang. Bilanga murid kini telah meningkat seramai 15 orang, guru dan pembantu juga masing-masing dua orang.

1 comments:

Anonymous said...

mcm pernah tgk je gambo2 ni...hu3

Post a Comment