Friday, June 22, 2012

Hari Terbuka dan Keusahawanan

Hari ini merupakan hari terbuka SK Taman Permas Jaya 2, pada hari ini para ibu bapa datang ke sekolah untuk berjumpa guru kelas anak masing-masing. Perjumpaan ini bertujuan membincangkan tahap pencapaian anak mereka dari aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah. Diharap dengan hari terbuka ini dapat menjadi pemangkin untuk meningkatkan pencapaian murid-murid.





Di samping hari terbuka, sekolah juga menganjurkan hari keusahawanan dan jualan amal. Pelbagai gerai jualan dibuka telah memeriahkan lagi suasana dan para peniaga terdiri dari ibu bapa, murid, KEBIRU, PIBG dan peniaga luar. Terima kasih kepada semua guru-guru dan semua yang terlibat dalam menjayakan hari terbuka ini. 



Lain-lain gambar boleh dilihat pada slideshow picasaweb kami di bawah.

0 comments:

Post a Comment