Friday, September 14, 2012

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan dan Jamuan Hari Raya

Pada Jumaat lepas, sekolah telah mengadakan dua majlis serentak iaitu majlis penutup bulan kemerdekaan dan majlis jamuan hari raya. Majlis bermula selepas selesai perhimpunan pagi dan bacaan yasin. Murid-murid dibenarkan memakai baju raya masing-masing pada hari ini. Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan sepanjang bulan kemerdekaan dan kemudian lagu kemerdekaan dinyanyikan. Guru-guru dan murid-murid kemudiannya menikmati jamuan hari raya yang diadakan di kantin sekolah. Majlis berlangsung dengan meriah. 






0 comments:

Post a Comment