Carta Organisasi


Carta Organisasi SK Taman Permas Jaya 2




Biodata Pentadbir SK Taman Permas Jaya 2


Guru Besar
Puan Hajah Adibah Binti A. Manan

Latar Belakang Pendidikan dan Pengalaman Mengajar:
Puan Hajah Adibah Binti A. Manan  mendapat pendidikan awal peringkat rendah di SK Simpang Rengam. Kemudian meneruskan ke peringkat menengah di SMK Dato Haji Hassan Yunus, Rengam dan SM Tinggi Batu Pahat. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Mohamad Khalid, Johor Bahru.

Sekolah pertama beliau ditempatkan adalah di negeri Pahang, iaitu SMK Kuala Rompin (1979-1980), sebelum beliau berpindah ke sekolah di negeri Johor, SMK Dato Penggawa Timur (1980-1984). Kemudian bertukar ke beberapa sekolah menengah dan rendah, iaitu SMK Perumahan Tampoi (1984-1994), SMK Seri Perling 2 (1994-1996), SMK Pasir Gudang 2 (1996-2001), SK Pasir Putih (2002-2005), SK Seri Perling 2 (2006-2012). Pada bulan Julai 2012 beliau telah berpindah untuk berkhidmat sebagai Guru Besar di SK Taman Permas Jaya 2.

Matapelajaran yang diajar:
Matematik

Maklumat untuk dihubungi:
Telefon: 013 237 2171
Email: jati57@yahoo.com

Penolong Kanan Kurikulum dan Pentadbiran
Puan Norlia Binti Mohamad Ramli

Latar Belakang Pendidikan dan Pengalaman Mengajar:
Beliau telah mendapat pendidikan awal di SRJK Inggeris Jerantut, Pahang (1973-1975) dan SK Bandar Pusat Jengka (1975-1978). Kemudian beliau telah meneruskan pelajaran ke peringkat menengah di SMK Jengka Pusat (1979-1983). Beliau kemudian melanjutkan pelajaran ke Institut Kemahiran Mara Pekan, Pahang dalam jurusan lukisan senibina (1985-1987) sebelum meneruskan pelajaran dalam bidang pendidikan di Institut Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim (1987-1989). Pada tahun 2011 sehingga kini beliau menyambung pelajarannya ke peringkat ijazah pula di UiTM.

Penempatan beliau yang pertama sebagai guru adalah di SK Permanis 2, Segamat (1989-1990). Kemudian beliau telah berpindah ke Johor Bahru dan menjadi tenaga pengajar di SK Permas Jaya 1 (1990-2002). Seterusnya beliau dinaikkan pangkat sebagai Guru Penolong Kanan Satu dan berkhidmat di SK Permas Jaya 4 (2003-2008). Pada tahun 2008 beliau telah berpindah ke SK Taman Permas Jaya 2 dan sehingga kini.

Matapelajaran yang diajar:
 Sains dan Pendidikan Seni Visual (2012)

Maklumat untuk dihubungi:
Telefon: 013 714 4174
Email: norliamohamadramli@gmail.com

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Encik Rahim Bin Ariffin

Latar Belakang Pendidikan dan Pengalaman Mengajar:
Pendidikan awal beliau bermula di SK Larkin, Johor Bahru (1967-1972) dan kemudian ke SMK Dato' Onn Jaafar, Johor Bahru (1973-1977). Beliau kemudian melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Lembah Pantai, Kuala Lumpur (1980-1981).

Sekolah pertama beliau ditempatkan sebagai guru ialah SK Sungai Melayu, Johor Bahru. Beliau telah berkhidmat di sana selama 25 tahun (1982-2007). Kemudian beliau telah berpindah ke SK Taman Permas Jaya pada tahun 2008 dan masih berkhidmat sehingga kini.

Matapelajaran yang diajar:
Bahasa Inggeris tahun 1 (2012)

Maklumat untuk dihubungi:
Telefon: 012 780 6431

Penolong Kanan Kokurikulum
Encik Nor Rahman Bin Hussein

Latar Belakang Pendidikan dan Pengalaman Mengajar:
Mendapat pendidikan awal di SK Temenggong Abdul Rahman 2, Johor Bahru (1965-1970) dan seterusnya ke Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru atau dikenali sebagai Johor Bahru English College. (1971-1975). Beliau kemudian melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan di Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban (1977-1978).

Penempatan pertama beliau sebagai seorang guru adalah di SMK Ulu Tiram pada tahun 1979. Beliau berkhidmat sebagai pendidik di sekolah menengah selama 24 tahun (1979-2002) dan sebagai Penolong Kanan di sekolah rendah 9 tahun (2002-2012). Pada tahun 2011 beliau telah berpindah ke SK Taman Permas Jaya 2 dan berkhidmat sehingga kini.

Matapelajaran yang diajar:
Pendidikan Seni, Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik (2012)

Maklumat untuk dihubungi:
Telefon: 019 760 7482

7 comments:

Anonymous said...

kabinet bayangan ke ape ni? kosong je hu3

Raja Muein said...

hehe sabor.. in progress =)

Anonymous said...

Cikgu, ada error la nak buka page carta ni
-Alina, IRDA-

Raja Muein said...

Alina, boleh saya tahu error macamana? saya dah cuba di komputer dan browser lain, semuanya ok kecuali pada tablet android fungsi zoom tak boleh digunakan. mungkin tak support javascript.

JaWanis70 said...

staf sokongan kurang 1 ahli YM ?--Cik Kuntum @ Ani mana? :)

Raja Muein said...

yeke.. tak perasan cik kuntum.. nanti saya tambah hehe

Anonymous said...

salam apa khabar semua cikgu saya syg cikgu



maswani,farah,aini(6g)

Post a Comment